Project Canterbury

Kitab Sembahyang Dalam Greja

Portions of the Book of Common Prayer
translated in the Malay Language

London: SPCK, 1915.


Litani

Inilah Litani, artinya Sembahyang minta berkat atas sakalian manusia: ia alcan dinyanyikan atau dibacha-kan lepas Sembahyang Pagi pada Hari Minggo, Hari Reba, dan Hari Jumaat; pada lain hari pun menurut hukum Bishop.

YA Allah Bapa dishorga: kasihankan kami orang berdosa.
Ya Allah Bapa dishorga; kasihankan kami orang berdosa.
Ya Allah Anak, yang sudah menebuskan samoa manusia: kasihankan kami orang berdosa.
Ya Allah Anak, yang sudah menebuskan samoa manusia; kasihankan kami orang berdosa.
Ya Allah Roh Alkudus, yang datang deripada Allah Bapa dan Allah Anak: kasihankan kami orang berdosa.
Ya Allah Roh Alkudus, yang datang deripada Allah Bapa dan Allah Anak: kasihankan kami orang berdosa.
Ya Triniti yang kudus, terpuji, bermulia, Bapa, Anak, Roh Alkudus, Allah yang asa: kasihankan kami orang berdosa.
Ya Triniti yang kudus, terpuji, bermulia, Bapa, Anak, Roh Alkudus, Allah yang asa: kasihankan kami orang berdosa.
Ya Tuhan, jangan mengenang salah kami, atau salah nenek-moyang kami; jangan membalaskan dosa kami: ya Tuhan yang berkasihan, sayangkan kami, sayangkanlah kaum Tuhan, yang Tuhan sudah tebus dengan darah Tuhan yang amat indah itu; janganlah marah dengan kami salama-lamanya.
Ya Tuhan yang berkasihan sayangkanlah kami.
Deripada samoa jahat dan rugi; deripada dosa, deripada tipu dan langgar Sheitan; deripada marah Tuhan, dan kabinasaan yang kekal,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
Deripada bebal hati; deripada sombong, dan chungkak, dan pura-pura; deripada dingki, dan binchi, dan sakit hati; deripada samoa kalakuan jahat,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
Deripada berkendak dan lain-lain dosa besar; deripada segala tipu dunia, atau nafsu jahat, atau Sheitan,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
Deripada nitar dan ribut; deripada sampar, dan hawar, dan kalaparan; deripada prang, deripada perbunohan, deripada mati sakenyung-kenyung,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
Deripada samoa derhaka; deripada berpakat melawan prentah; deripada samoa pengajaran bohong yang menyesatkan dan mencherai-beraikan orang; deripada hati kras; deripada menghinakan perkataan dan hukum Tuhan,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
Olih rahasia kudus Tuhan menjadi manusia; olih Tuhan diperanakkan, dan disunatkan; olih Baptisa, Puasa, dan Perchobaan Tuhan,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
Olih sangsara Tuhan, olih peloh Tuhan saperti titek darah; olih regang dan seksa Tuhan; olih ka-indahan mati Tuhan, olih Tuhan dikuborkan; olih Tuhan berbangkit dengan mulia, lalu naik ka-shorga; olih kadatangan Roh Alkudus,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan karni.
Tetkala kami kena kasukaran; tetkala kami senang; pada waktu kami mati, daii pada hari kiamat,
Ya Tuhan yang berkasihan, lepaskan kami.
Ya Tuhan Allah, kami orang berdosa meminta Tuhan menengar kami: kami minta Tuhan memrentahkan Eklisia yang kudus dan Katolika, dalam jalan yang betul;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Pliharakanlah, kuatkanlah hamba Tuhan, George, Raja kami, dalam menyembah Tuhan, dalam kabenaran, dan kasuchian;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Prentahkanlah hatinya dalam perchaya, dan takut, dan kasih kapada Tuhan, sopaya ia selalu harap kapada Tuhan, serta membesarkan, dan memuliakan Nama Tuhan;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Pliharakanlah dia, lindongkanlah dia, bri dia menang atas samoa musohnya;
Ya Tuhan yang berkasihan, karni meminta Tuhan menengar kami.
Berkatilah, pliharakanlah Queen Mary, Queen Alexandra ibu Raja, Edward Prince of Wales, dan samoa anak-buah Raja;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Trangkanlah hati samoa Bishop, dan Padri, dan Dikon, akan mengatahui, akan mengarti perkataan Tuhan, sopaya ia memashorkan, dan mengajarkan Perkataan Tuhan, baik olih penga-jarannya, baik olih kalakuannya;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Brilah berkat, dan budi-bichara, dan pengatahuan kapada samoa Tuan-tuan kunsil, dan samoa orang besar;
Ya Tuhan yang berkasihan, karni meminta Tuhan menengar kami.
Berkatilah, pliharakanlah samoa orang yang jnemegang bichara; brilah anugrahmu kapa-danya sopaya ia melakukan yang betul, dan menetapkan yang benar;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Berkatilah, pliharakanlah sakalian hamba Tuhan;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Brilah kapada samoa bangsa manusia diam dengan sempakat yang baik, dengan damai, dengan hati satu;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Brilah kapada kami hati yang kasih, yang takut akan Tuhan, sopaya kami mengikut pesan Tuhan dengan rajin;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Tambah-menambahkan berkat kapada sakalian hamba Tuhan, akan menengar Perkataan Tuhaii dengan reiidah hati, dan menerima itu dengan suka, lalu mengluarkan buah-buahan Roh Alkudus;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Bawalah pulang pada jalan kabenaran samoa orang yang sesat, yang kena tipu;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Kuatkanlah orang yang tetap berdiri; hi-burkan, bantukan orang yang lemah hati; angkatkan orang yang jatoh; dan, sahabis-habis rebahkanlah Sheitan dibawah kaki. kami;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Lindongkanlah, tolonglah, hiburkanlah samoa orang yang kena bahaya, kena kakorangan, kena kasukaran;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Pliharakanlah samoa orang yang berjalan, baik di darat, baik di laut; samoa perampuan yang akan beranak; samoa orang sakit; samoa kanak-kanak; sayangkanlah samoa orang yang dipejnjara dan samoa orang tangkapan;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami memlnta Tuhan menengar kami.
Lindongkanlah, pliharakanlah samoa anak piatu, samoa perampuan balu, samoa orang yang tiada sahabatnya, yang kena anyaya;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Kasihankanlah samoa manusia;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Ampunlah musoh kami, ampun orang yang menganyayakan kami, orang yang mempete-nahkan kami; Tuhan ubahkamah hatinya;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Brilah, pliharakanlah akan guna kami, samoa jenis buah-buahan tanah, sopaya pada waktunya kami bolih memakan dia;
Ya Tuhan yang berkasihan, kami meminta Tuhan menengar kami.
Bri kami berkat akan bertaubat dengan benar; ampunlah samoa dosa, dan salah, dan kabodohan karni; bri kami berkat RoHmu yang Kudus itu akan membaiki kalakuan kami menurut Perka-taan Tuhan;
Ya Tuhan, yang berkasihan kami meminta Tuhan menengar kami.
Ya Anak Allah, kami meminta Tuhan menengar kami.
Ya Anak Allah, kami meminta Tuhan menengar kami.
Ya Domba Allah yang mengangkatkan dosa samoa manusia;
Brilah kami salamat Tuhan.
Ya Domba Allah yang mengangkatkan dossamoa manusia;

Kasihankan kami.

Ya Almesih dengarlah kami.
Ya Almesih dengarlah kami.
Tuhan kasihankan kami.
Tuhan kasihankan kami.
Almesih kasihankan kami.
Almesih kasihankan kami.
Tuhan kasihankan kami.
Tuhan kasihankan kami.

Lalu Padri, dan orang banyak sertanya akan membacha Doa Tuhan.

BAPA kami yang dishorga, Kuduslah Nama Tuhan. Datanglah Karajaan Tuhan. Jadilah kahandak Tuhan, diatas bumi, saperti dalam shorga. Brilah kami sahari ini makanan kami sahari-hari. Ampunlah salah kami, Saperti kami mengampun orang yang bersalah kapada kami. Janganlah membawa kami kapada perchobaan; Lepaskanlah kami deripada yang jahat. Amin.
Padri. Ya Tuhan jangan berbuat kapada kami menurut dosa kami.
Jawab. Janganlah membalas pada kami menurut jahatjsami.

Handaklah kita minta doa.

YA Allah, Bapa yang amat kasihan, tiadalah Tuhan membinchikan sedih hati yang menyesal, atau kahandak orang yang bersusah; dengan kasihan tolonglah kami dalam sembahyang kami dihadapan Tuhan bila-mana kami kena kasusa-han, kena kasukaran; dengan kasihan dengarlah kami; alahkanlah samoa jahat itu yang melang-gar kami olih Sheitan, olih manusia pun; sopaya, olih Tuhan melindongkan kami, samoa jahat itu dilenyapkan; lalu kami hamba Tuhan, yang tiada binasa olih sabarang anyaya, selalu menguchap shukor kapadamu dengan Eklisia mu yang kudus; olih ISA Almesih Tuhan kami.
Ya Tuhan, bangkitlah, bantu kami, lepaskan kami olih sebab Nama Tuhan.

YA Allah, dengan telinga kami sendiri kami sudah menengar, dan nenek-moyang kami sudah mekhabarkan kapada kami perkerjaan mulia yang diperbuat olih Tuhan pada zeman dia, dan pada waktu lama dhulu deripada dia.
Ya Tuhan, bangkitlah, bantu kami, lepaskan kami olih sebab mulia Tuhan.
Kamuliaan bagi Bapa, bagi Anak: bagi Roh Alkudus.
Jawab. Saperti pada mulanya, sekarang ini: sampai salama-lamanya. Amin.
Ya Almesih lindongkan kami deripada musoh kami.
Dengan kasih tileklah pada kasusahan kami.
Dengan sayang lihatlah susah hati kami.
Dengan kasihan ampun dosa hamba Tuhan.
Dengan kasih, dengan sayang dengarlah sembahyang kami.
Ya Anak Daud kasihankan kami.
Sekarang ini, dan salama-lamanya dengdarlah kami, ya Almesih.

Dengan kasihan dengarlah, ya Almesih: dengan kasihan dengarlah kami, ya Tuhan Almesih.
Padri. Ya Tuhan unjokkanlah kasihanmu pada kami.
Jawab. Saperti kami harap kapada Tuhan.

Handaklah kita minta doa.

YA Bapa, dengan hati rendah kami minta Tuhan melihat kalemahan kami dengan kasihan: sebab mulia Nama Tuhan jauhkanlah deripada kami samoa kasusahan yang patut ditanggong kami: dalam samoa kasukaran kami, bawalah kami harap dengan sagenap hati kapada kasihan . Tuhan, dan menurut hukum Tuhan deripada sekarang ini dengan kalakuan yang benar, yang suchi, akan mendatangkan hormat dan mulia bagi Tuhan: olih ISA Almesih Tuhan kami, lalah sahaja Pengantara dan Penolong kami. Amin.

DOA S. KRUSOSTOM.

YA Allah maha berkuasa, Tuhan sudah menolong kami sekarang ini sama sama sembahyang kapada Tuhan dengan hati satu; Tuhanlah berjanji, tetkala dua atau tiga orang ada berhimpun dalam Nama Tuhan, Tuhan mau membri kahandaknya; Brilah. Tuhan, sekarang ini; kahandak kami, permintaan kami, mana yang patut: brilah kami taku yang benar di dunia ini: dan di dunia yang akan datang bri kami hidup yang kekal. Amin.

2 Kor. xiii.

BERKAT ISA Almesih Tuhan kita, dan pengasihan Allah, dan bersamaan Roh Alkudus besertalah dengan kita samoa, salama-lamanya. Amin.

Inilah ujong Litani.


Project Canterbury