Project Canterbury

Kitab Sembahyang Dalam Greja

Portions of the Book of Common Prayer
translated in the Malay Language

London: SPCK, 1915.


Peratoran Sembahyang Petang
Tiap-tiap hari Sapanjang Tahun

Pada mula Sembahyang Petang, Padri handak membacha, dengan suara nyaring, satu atau lebih deripada ayat-ayat Surat Kudus yang disurat dibawah ini. Lepas itu, handaklah ia membacha saperti yang disurat dibawah ayat itu.

APABILA orang jahat membuang jahatnya yang diperbuatnya, serta mengerjakan barang yang patut dan yang benar, ia akan berolih salamat jiwanya. Ezek. xviii. 27.
Aku mengaku samoa salah aku: dosa aku selalu dihadapan aku. Maz. li. 3.
Palingkan muka deripada dosa aku: hapuskanlah samoa kasalahan aku. Maz. li. 9.
Yang patut disembahkan pada Allah, ia itu hati yang pechah: ya Allah, hati yang pechah dan yang sesal tiadalah Tuhan hinakan. Maz. li. 17.
Koyakkanlah hatimu, jangan pakaianmu, dan kembalilah kapada Allah Taala, kerna berkasihanlah la, dan sayang, lambat marah, besar kasi-hannya, lalu bersesallah la dalam kasukaran orang. Joel. ii. 13.
Dengan Allah Tuhan kita adalah kasihan dan ampun, sunggohpun kita sudah melawan Dia; dan lagi tiadalah kita menurut hukum Allah Tuhan kita, atau mengikut pesan yang dibrinya kapada kita. Dan. ix. 9. 10.
Ya Tuhan, ajarkanlah aku tetapi dengan-lembut, jajigan dengan marah, asal jangan Tuhan membinasakan aku. Jer. x. 24. Maz. vi. 1.
Berubahlah hati, kerna Karajaan shorga sudah hampir. S. Mat. iii. 2.
Aku mau angkat pergi menghadap Bapaku serta berkata kapada dia: Ya Bapa, sahya sudah berdosa kapada Allah dan kapadamu: tidak patut lagi sahya dikatakan anakmu. S. Lukas xv. 18, 19.
Ya Tuhan janganlah membawa hamba bechara, kerna dihadapan Tuhan tiadalah manusia yang dibenarkan. Maz. cxliii. 2.
Kalau kita berkata, Tiada kita berdosa, kita menipu diri, tiadalah yang benar didalam kita: tetapi kalau kita mengaku dosa kita, Allah lurus dan adil, ia mengampun dosa kita, ia menyuchikan kita deripada samoa jahat. 1 S. Yahya i. 8, 9.

SUDARA kekasihku, Surat kudus di-bebrapa ayatnya, mengajar kita mengaku samoa salah dan dosa kita; jangan kita sembunyikan, menudong dosa kita dihada'pan Allah amat berkuasa, Bapa kita dishorga, melainkan mengaku dosa kita dengan hati rendah, hati takut, hati sesal, hati tundok, sopaya kita berolih ampun dosa itu deripada Allah, yang amat baik, amat sayang. Maka miskipun patut kita sclalu mengaku dosa kita dihadapan Allah, temtama lagi patut, waktu kita berhimpun akan membalas shukor sebab samoa berkat besar yang kita sudah terima deripada tangannya; lagi akan menguchap pujinya, akan menengar Perkataannya yang sangat kudus: ij akan minta barang yang berguna pada kami, pada jiwa pun baik, pada badan pun baik. Sebab itu, aki mengajak, memohon kamu samoa yang disini, menurut aku dengan hati suchi, dengan suara yang sedang sedang, bersembahyang pada takhta anugrah dishorga, serta berkata mengikut aku:

Doa akan mengaku dosa; ia itu akan disebut olih samoa orang, menurut Padri; samoa orang berlutut.

YA Bapa, maha berkuasa, amat sayang; Kami sudah sesat deripada jalan Tuhan sarupa kambing yang hilang. Kami sudah terlampau menurut pikir dan ingin hati sendiri kami. Kami sudah melawan hukum-hukum kudus yang dibri Tuhan, Barang yang patut dibuat, itulah tiada kami buat; Barang yang tidak patut dibuat, itulah kami sudah buat; Lalu tiadalah barang baik didalam hati kami. Tuhan, kasihankan kami, orang berdosa. Ya Allah sayangkanlah kami yang mengakn dosa kami. Bawa kami yang menyesal berbalik kapada jalan lurus; Menurut perjanjianmu yang dibritakan olih ISA Almesih Tuhan kami kapada samoa manusia. Ya Bapa yang amat kasihan, kami minta Tuhan olih Tuhan ISA, Tolong kami kamudian deripada ini, mengerjakan barang yang benar, barang yang suchi, Akan me-Uiuliakan Nama Tuhan. Amin.

Ampun dosa yang akan dibacha olih Padri saorang sahaja, sambil ia berdiri; orang banyak masih berlutut.

ALLAH maha berkuasa, Bapa ISA Almesih Tuhan kita, tidak suka orang berdosa mati, melainkan suka orang berdosa meninggalkan perkerjaan jahat, lalu hidup; sudah juga ia membri kuasa dan pesan pada padri penyurohnya, membritakan dan mengatakan ampun dosa kapada hambanya yang bersesal: Allah Taala mengampun samoa orang yang bertaubat deripada dosanya dengan benar, serta sasunggohnya perchaya kapada In-jilnya yang kudus. Sebab itu handaklah kita minta Dia bri kita hati yang sasunggoh menyesal, dan bri kita Rohnya yang Kudus, sopaya la suka barang yang kita buat sekarang ini, dan lagi, sopaya kalakuan kita, kamudian deripada ini, menjadi suchi dan kudus; dan pada akhirnya kita datang kapada kasukaan yang tiada kasu-dahan itu, olih ISA Almesih Tuhan kita. Amin.

Disini, dan pada ujong samoa doa lain pun, handaklah orang banyak berjawab, Amin.

Lalu handaklah Padri berlutut, dan membacha Doa Tuhan, dengan suara kadengeran; orang banyak berlu-tut juga, serta membacha Doa itu mengikut dia, baik disini, baik dimana-mana pun Doa itu dibacha dalam atoram Sembahyang.

BAPA kami yang dishorga, Kuduslah Nama Tuhan. Datanglah Karajaan Tuhan. Jadilah kahandak Tuhan, diatas bumi, saperti dalam shorga. Brilah kami sahari ini makanan kami sahari-hari. Ampunlah salah kami, Saperti kami mengampun orang yang bersalah kapada kami. Janganlah membawa kami kapada perchobaan; Lepaskanlah kami deripada yang jahat: Kerna Tuhan yang ampunya Karajaan, Dengan kuasa, dengan kamuliaan, Salama-lamanya. Amin.

¶ Satelah ilu handaklah ia berkata,

Ya Tuhan, buka mulut kami.

Jawab. Lalu kami akan memuji Nama Tuhan.
Padri. Ya Allah, lekaslah melepaskan kami.
Jawab. Ya Tuhan, lekaslah menolong kami.

Disini orang sakalian berdiri, lalu Padri berkata,

Kamuliaan bagi Bapa, bagi Anak: bagi Roh Alkudus.
Jawab. Sapcrti pada mulanya, sekarang ini: sampai salama-lamanya. Amin.

Padri. Pujilah Nama Tuhan.
Jawab. Nama Tuhan dipuji.

Lalu Mazmur-Mazmur dibachakan, atau dinyanyikan menurut atorannya. Sudah itu, Bachaan deri dalam Kitab Perjanjian Lama, saperti ditentukan. Kamudian deripada itu, Magnificat, ia itu Pujian yang dinyanyi olih Maria, Dara terberkat, saperti yang dibawah ini, bahasa Malayu.

MAGNIFICAT. S. Lukas i.

HATIKU membesarkan Tuhan: roh-ku sangat bersuka akan Allah Penolong-ku.
Kerna la sudah menilek: pada karendahan hambanya.
Sebab itu deripada sekarang: samoa katurunan orang akan menyebut aku beberkat.
Kerna la yang berkuasa sudah mengerjakan dalam aku kerja yang besar: kuduslah Namanya.
Kasihannya tinggal di-atas orang yang takut kapadanya: turun menumn sampai kasudahan dunia.
la sudah menyatakan kuasa dengan tangannya: Ia sudah mencherai-beraikan orang sombong olih sangka hati dirinya.
Orang yang berkuasa diturunkannya deripada takhtanya: serta ditinggikannya orang yang rendah hatinya.
Orang yang lapar dikennyangkannya dengan barang yang baik: dan orang yang kaya disurohnya pulang dengan kosongnya.
la sudah menolong Israel hanibanya, sebab dikenangnya akan kasihan yang dijanjinya kapada nenek moyang kita: kasihannya kapada Ibrahim, dan kapada anak buahnya sampai salama-lamanya.
Kamuliaan bagi Bapa, bagi Ariak: bagi Roh Alkudus.
Saperti pada mulanya, sekarang ini: sampai salama-lamanya. Amin.

Atau Mazmur yang dibawah ini, melainkan pada sembilan-blas hari bulan, ia itu, apabila ia dibacha serta dengan Mazmur Mazmur hari itu.

CANTATE DOMINO. Mazmur xcviii.

NYANYILAH kapada Tuhan pujian yang baharu: kerna la sudah perbuat pekerjaan yang ajaib.
Tangan kanannya, lengan kudusnya: sudah mendatangkan salamat padanya.
Tuhan sudah memashorkan salamatnya: di-hadapan segala bangsa la sudah menyatakan kabenarannya.
la sudah ingat akan kasihannya dan kabenara-nnya kapada orang Israel: dan samoa ujong bumi sudah melihat salamat Tuhan kita.
Handaklah samoa dunia bersorak kapada Tu-han: nyanyi, bersuka-sukalah, nyanyi puji-pujian.
Dengan kechapi bri puji kapada Tuhan: dengan kechapi, serta dengan suara menyanyi.
Dengan nafiri, dengan bunyi organ juga: deng-an suka bersoraklah dihadapan Allah Raja kita.
Handaklah lautan mendru dengan segala isinya: bumi pun dengan samoa yang didalamnya.
Handaklah segala batang ayer menepok tangan-nya: dan samoa bukit pun nyanyi dengan suka bersama-sama dihadapan Tuhan: kerna la da-tang meletak hukum diatas bumi.
la akan meletak hukum di-dunia dengan adil-nya: la akan meletak hukum atas samoa bangsa dengan kabenarannya.
Kamuliaan bagi Bapa, bagi Anak: bagi Roh Alkudus.
Saperti pada mulanya, sekarang ini: sampai salama-lamanya. Amin.

Sudah itu, Bachaan deri dalam Kitab Perjanjian Bharu akan dibacha, saperti yang ditentukan, lalu Nunc Dimittis, (ia itu nyanyian Simeon) bhasa Malayu, saperti dibawah ini.

NUNC DIMITTIS. S. Lukas ii. xxix.

SEKARANG Tuhan melepaskan hamba dengan senang hati: menurut perkataan Tuhan.
Kerna mata-ku sudah melihat: salamat Tuhan.
Yang sudah disediakan olih Tuhan: dihadapan segala bangsa manusia.
Trang akan menerangkan segala bangsa orang: kamuliaan bagi kaum Tuhan, orang Israel.
Kamuliaan bagi Bapa, bagi Anak: bagi Roh Alkudus.
Saperti pada mulanya, sekarang ini: sampai salama-lamanya. Amin.

Atau Mazmur yang dibawah ini, melainkan pada dua-blas hari bulan.

DEUS MISEREATUR. Mazmur lxvii.

ALLAH kasihankanlah kami, dan bri berkat kapada kami: nyatakan chahaya mukanya pada kami serta kasihankan kami.
Sopaya jalan Tuhan dikatahui orang di-atas bumi: dan salamat yang dibri Tuhan dikatahui olih segala bangsa.
Ya Allah, biarlah kaum-mu memuji Tuhan: biarlah sakalian kaum-mu memuji Tuhan.
Biarlah segala bangsa bersuka-suka dan bersorak: kerna Tuhan akan menghukumkan segala ,kaum dengan kaadilan, dan memerentahkan segala bangsa di-atas bumi.
Ya Allah, biarlah kaum-mu memuji Tuhan: biarlah sakalian kaum-mu memuji Tuhan.
Tanah pun akan mengluarkan buahnya: an Tuhan, Tuhan kami akan membri berkat kapada kami.
Allah akan memberkati kami: dan segala I ujong dunia akan takut kapada Dia.
Kamuliaan bagi Bapa, bagi Anak: bagi Roh Alkudus.
Saperti pada mulanya, sekarang ini: sampai salama-lamanya. Amin.

Satelah itu, Aku perchaya akan dibachakan atau dinyanyikan Padri, serta dengan orang banyak juga, samoanya berdiri.

AKU perchaya kapada Allah Bapa maha berku-asa, la menjadikan langit dan bumi:
Aku perchaya kapada ISA Almesih Anaknya yang tunggal, Tuhan kita, la dikandongkan olih kuasa Roh Alkudus, Diperanakkan olih Dara Maria; la kena seksa dibawah prentah Pontius Pilatus; la diregangkan, lalu mati, lalu dikubo-rkan, la menurun ka-tempat jiwa orang mati; Hari yang katiga la bangkit pula deri tengah orang mati; la naik ka-shorga, Lalu duduk sablah kanan Allah Bapa maha berkuasa; Deri sana la akan datang pula menghukumkan manusia, baik yang masih hidup, baik yang sudah mati.
Aku perchaya kapada Roh Alkudus, kapada Eklisia Katolika kudus, Bersamaan samoa orang kudus, Ampun dosa, Kabangkitan tuboh manusia, Dengan hidup yang kekal. Amin.

Kamudian deripada itu, Doa-doa yang dibawah ini dibacha, orang samoa berlutut; Padri berkata dhulu dengan suara nyaring,

Tuhan besertalah dengan kamu.

Jawab. Besertalah dengan hati angkau pun.
Padri. Marilah kita minta doa.

Tuhan kasihankan kami.
Almesih kasihankan kami.
Tuhan kasihankan kami.

Lalu Padri, dengan orang penyanyi, dengan orang banyak pun, akan membacha Doa Tuhan, dengan suara kadengaran.

BAPA kami yang dishorga, Kuduslah Nama Tuhan. Datanglah Karajaan Tuhan. Jadilah ka-handak Tuhan, diatas bumi, saperti dalam shorga. Brilah kami sahari ini makanan kami sahari-hari. Ampunlah salah kami, Saperti kami meng-ampun orang yang bersalah kapada kanji. Janganlah membawa kami kapada perchobaan; Lepaskanlah kami deripada yang jahat. Amin.

Padri, berdiri, lalu berkata,

Ya Tuhan, unjukkan kasihanmu kapada kami.

Jawab. Brilah kami salamatmu.
Padri. Ya Tuhan pliharalah Raja kami.
Jawab. Dengan kasihan dengarlah sembahyang kami.
Padri. Brilah hati yang benar kapada samoa Padri, penyurohmu.
Jawab. Dan sukakanlah hati kaum yang sudah dipileh olihmu.
Padri. Ya Tuhan, salamatkan kaum-mu.
Jawab. Berkatilah pesakamu.
Padri. Ya Tuhan, brilah damai salama kami
Jawab. Kerna tiada yang membantu kami, melainkan Tuhan sahaja, Ya Allah.
Padri. Ya Allah suchikan hati kami.
Jawab. Jangan mengambil Roh Alkudus deripada kami.

Sudah itu, tiga Doa akan dibacha; yang pertama, Doa hari itu; yang kadua, Doa minta Damai; yang katiga, Doa minta tolong dalam samoa bahaya, saperti yang dibawah ini: maka Doa yang kadua dan yang katiga itu akan dibacha sahari-hari pada Sembahyang Petang dengan tiada berganti lain.

DOA YANG KADUA PADA SEMBAHYANG PETANG.

YA Allah, deripada Tuhanlah datang samoa kahandak yang suchi, samoa bechara yang baik, samoa pekerjaan yang adil; brilah damai kapada kami hamba Tuhan, damai itu yang dunia ini tidak bolih bri; sopaya hati kami rajin mengikut hukum Tuhan; dan lagi sopaya kami dilindongkan deripada takut akan musoh kami, lalu kami diam sapanjang umor kami dengan senang, den-gan nyaman: olih sebab kabaikan ISA Almesih, Juru Salamat kami. Amin.

DOA YANG KATIGA MINTA TOLONG DALAM SAMOA BAHAYA.

YA Tuhan, kami minta Tuhan menerangkan glap kami; dan sebab Tuhan amat berkasihan, lindong-kanlah kami malam ini, deripada segala bahaya; olih Anakmu yang Tunggal ISA Almesih, Juru Salamat kami. Amin.

Dalam greja-greja mana orang biasa menyanyi, disini Pujian dinyanyi.

DOE MINTA BERKAT PADA RAJA KITA.

YA Tuhan, Bapa kami dishorga, Tuhan tinggi dan berkuasa, Raja atas samoa Raja, Tuhan atas samoa Tuan, Tuhanlah sahaja yang dipertuan olih segala orang yang memegang prentah: deri takhta Tuhan, Tuhan memandang samoa orang yang diam di bumi: dengan simggoh hati kami memirita Tuhan menilek dengan kasih pada George, Raja kami: penohkanlah dia dengan berkat Rohmu yang kudus itu, sopaya ia selalu suka buat kahandakmu, dan berjalan mengikut jalanmu; brilah kapadanya kalimpahan berkatmu deri shorga; lanjutkan umornya den-gan nyaman tuboh dan senangnya; kuatkanlah dia akan mengalahkan, akan menundukkan segala musohnya: dan pada akhirnya brilah dia berolih kasukaan dan kasenangan salama-lamanya; olih ISA Almesih Tuhan kami. Amin.

DOA MINTA BERKAT PADA ISI RUMAH RAJA.

YA Allah maha berkuasa, pohon samoa kabai-kan, dengan rendah hati kami minta Tuhan memberkati Queen Mary, Queen Alexandra ibu Rajah, dan Edward Prince of Wales, serta dengan segala anak buah Raja; bri dia Rohmu yang kudus itu; unjukkan padanya berkatmu deri shorga; tambah menambahkan senang kapadanya; lalu bawa dia kapada Karajaanmu yang tiada kasu-dahan: oilh ISA Almesih Tuhan kami. Amin.

DOA MINTA BERKAT PADA PADRI DAN ORANG KRISTIAN SAMOA.

YA Allah maha berkuasa dan salama-lamanya kekal, Tuhanlah sahaja yang mengerjakan peker-jaan ajaib; suroh Roh anugrah Tuhan, Roh sala-mat, menurun atas samoa Bishop, san Padri, dan atas samoa orang yang ditunggui olihnya; dan lagi, sopaya ia berkenan kapadamu, sahari-hari tuangkan berkat Tuhan atasnya. Ya Tuhan, brilah itu, akan mendatangkan hormat kapada Penolong dan Pengantara kami ISA Almesih. Amin.

DOA S. KRUSOSTUM.

YA Allah maha berkuasa Tuhan sudah meno-long kami sekarang ini sama-sama sembah-yang kapada Tuhan dengan hati satu; Tuhanlah berjanji, tetkala dua atau tiga orang ada berhim-pun dalam Nama Tuhan, Tuhan mau membri kahandaknya: Brilah, Tuhan, sekarang ini, ka-handak kami, dan permintaan kami, mana yang patut: brilah kami tahu yang benar di-dunia ini: dan di-dunia yang akan datang bri kami hidup yang kekal. Amin.

2 Kor. xiii.

BERKAT ISA Almesih Tuhan kita, dan pengasi-han Allah, dan bersamaan Roh Alkudus beserta-lah dengan kita samoa, salama-lamanya. Amin.

Ini ujong Peratoran Sembahyang Petang-hari sapanjang tahun.


Project Canterbury